Sunday, 14 February 2016

PROGRAM MESRA IBADAH

Program anjuran bersama PERKIPS Cawangan Kuala Penyu dan Biro Al-Insyirah, Kolej Vokasional Beaufort telah diadakan pada 20 Januari 2016 (Rabu) bertempat di Surau As-Syifa Hospital Kuala Penyu.

Klik "Read more" untuk ulasan selanjutnya.





Program anjuran bersama PERKIPS Cawangan Kuala Penyu dan Biro Al-Insyirah, Kolej Vokasional Beaufort telah diadakan pada 20 Januari 2016 (Rabu) bertempat di Surau As-Syifa Hospital Kuala Penyu.

    Idea asal oleh Biro Al-Insyirah Kolej Vokasional Beaufort ini menarik minat PERKIPS agar ilmu fardhu ain ini dpt dikongsi dan di praktikkan bersama-sama anggota Hospital Kuala Penyu. Selaras dengan Objektif penganjuran iaitu membina pengetahuan pelajar menunaikan ibadah fardhu ain dalam keadaan sakit atau uzur, Mengisi masa lapang pelajar asrama dengan aktiviti mesra ibadah bersama warga HKP dan membina hubungan dua hala antara HKP dan Kolej Vikasional Beaufort.

    Seramai 33 orang peserta dari Kolej Vokasional Beaufort dan 25 org anggota HKP termasuk AJK Pelaksana terlibat dalam program ini sekaligus melaksanakan pelancaran Kit Solat sumbangan Y.A.B Datuk Hjh. Azizah Hj. Mohd Dun.

    Semoga program sebegini memberikan manfaat kepada semua yang terlibat.

No comments:

Post a Comment