Wednesday 23 March 2016

PEMILIHAN DALAMAN UNTUK PERSEDIAAN KE SEMINAR PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

Pada 22.3.16 , bermula jam 6.00 petang  bertempat di Bilik Mesyuarat As-Syifa ,Hospital Kuala Penyu  bersama  dengan PERKIPS Cawangan Kuala Penyu telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan Pemilihan Dalaman untuk  Persediaan  ke Seminar Penerapan Nilai-Nilai Murni , Jabatan Kesihatan Negeri Sabah  Peringkat Zon Pedalaman   Tahun 2016 di Sipitang pada 1 dan 2 April 2016. 

Klik "Read more" untuk ulasan selanjutnya.


Penganjuran  merupakan acara tahunan bagi menjalankan aktiviti penuh barakah ini.

Penyertaan  adalah daripada kalangan Ahli Perkips Kuala Penyu  menunjukkan sokongan yang diberikan kepada aktiviti ini. Seramai  60  anggota  dan  peserta yang hadir termasuk urusetia bagi menjayakan majlis ini.

Penghargaan diberikan  kepada Dr. Sabariah Binti Mohamad Sa’ad, Pengarah Hospital Kuala Penyu, merangkap Penasihat  PERKIPS Kuala Penyu , Ahli-Ahli Perkips dari Hospital Kuala Penyu, Klinik Kesihatan Kuala Penyu, Klinik Kesihatan Kerukan dan Klinik Kesihatan Menumbok ,  Juri Hakim serta pihak urusetia  yang telah memberikan kerjasama yang cemerlang sebelum, semasa dan selepas penganjuran majlis ini.
Majlis bertambah meriah dengan persembahan dari Kumpulan Nasyid SUIS yang dianggotai oleh anak-anak Ahli Perkips Kuala Penyu.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang terutama sekali JOHAN kerana bakal menjadi wakil PERKIPS Kuala Penyu ke Sipitang pada 1-2 April 2016 ini. Hadiah berupa hamper dan sijil di sampaikan oleh  Pengarah Hospital Kuala Penyu Dr. Sabariah Binti Mohamad Sa’ad kepada semua peserta.


Panel Juri :     Ustaz Rozawawi, Ustaz Khairul Hafiz, Ustaz Akmal 

KEPUTUSAN PENUH 

BIL
ACARA
PESERTA
MARKAH
1.
HAFAZAN TAHAP 1
1)      HAIKAL ABDULLAH
2)      SYAZA ZAFIRA AZRIN
3)      DAYANG NORSYAFEQAH BINTI JUMAAT
4)      MUHD MUIZZUDDIN BIN ROSLI
73% (JOHAN)
67%
62%

50%
2.
HAFAZAN TAHAP 2
1)      NURELATHIRA ABDULLAH
2)      AWANGKU EQZHAM BIN JUMAT
72% (JOHAN)
59%

3.
BERCERITA KISAH-KISAH NABI
1)      NORELATHIRA ABDULLAH
2)      RIFANIEDA HAMIRUL
68% (JOHAN)
63%















LAPORAN DI SEDIAKAN OLEH :
PN HANA FARIZA BINTI MUHAMMAD YUNUS
TIMBALAN SETIAUSAHA PERKIPS KUALA PENYU.













No comments:

Post a Comment