Friday 20 May 2016

SEMINAR PEMANTAPAN NILAI-NILAI MURNI

Pada 13 dan 14 Mei 2016 yang lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah(PERKIPS) telah menganjurkan Program Hari Seminar Pemantapan Nilai-Nilai Murni (akhlak mulia tunjang kecemerlangan) yang telah diadakan di Dewan Tun Mustapha Kudat.


Klik "Read more" untuk ulasan selanjutnya.






Sebanyak empat zon terlibat dengan seminar ini antaranya zon pantai barat selatan yang diwakili oleh Perkips Tuaran, Likas dan Kota Kinabalu, zon pantai barat Utara diwakili oleh tuan rumah sendiri iaitu Perkips Kudat dan Ranau, Zon Pantai Timur diwakili oleh Perkips Sandakan dan Kunak dan zon pedalaman diwakili oleh Perkips Beaufort dan Kuala Penyu.


Terdapat beberapa pertandingan di adakan semasa seminar dijalankan dan antarannya ialah pertandingan tilawah Al-Quran, pertandingan hafazan tahap 1 & hafazan tahap 2, pertandingan pidato, pertandingan bercerita kisah nabi dan juga pertandingan nasyid.

Zon Pedalaman hanya mendapat saguhati dalam pertandingan tilawah Al-Quran dan nasyid.





No comments:

Post a Comment